Assalammualaikum. Selamat Datang ke KEDAI VITAMIN! Berbelanja atas talian sangat mudah. Silakan, Terima Kasih.

Shaklee

Shaklee

Info Dan Tips


BMI CALCULATOR



Body Mass Index Calculator
Enter the following data
Sex


male

female
Weight
Height
Results
Body Surface Area m2
Lean Body Weight
kg = lbs
Ideal Body Weight
kg = lbs
Body Mass Index
kg/m2 =
Interpretation
of the results
BMI
< 18.5
underweight
BMI
18.5 to 24.9
healthy
BMI
25 to 29.9
overweight
BMI
30 or more
obese
AllNutritionals.com



KEPERLUAN AIR DALAM BADAN




MENGANTUKNYA!!!!

  • Setiap kali selepas makan tengah hari mesti mengantuk. Kadangkala rasa tidak larat hendak buka mata. Rasanya bukan sebab tidak cukup tidur sebab tiap-tiap malam aku tidur nyenyak, rungut seorang rakan yang beberapa kali tersengguk-sengguk depan komputer.
  • Sememangnya, mengantuk selepas makan bukan disebabkan kurang tidur, sebaliknya ia menandakan kita dahaga dan badan tidak cukup air. Ramai tersilap menafsirkan keperluan badan terhadap air dengan rasa lapar.
  • Dahaga bukan petanda terbaik untuk memberitahu badan memerlukan air kerana sensitiviti terhadap dahaga semakin berkurang apabila umur meningkat, terutama pada orang tua. Badan kita hanya boleh mengawal keseimbangan air hingga satu peringkat tertentu.
  • Paras garam akan meningkat apabila simpanan air dalam badan berkurang. Otak akan mengesan perubahan keseimbangan ini dan memberi isyarat kepada buah pinggang untuk mengurangkan kehilangan air serta mencetuskan rasa dahaga.
  • Bagaimanapun, cetusan rasa dahaga ini berlaku lewat. Biasanya apabila kita berasa dahaga, badan sudah kehilangan kira-kira dua cawan cecair badan. Kehilangan ini boleh menimbulkan pelbagai implikasi.
  • Air adalah unsur penting dalam badan. Badan lelaki membabitkan 65 peratus air dan 55 peratus bagi wanita. Air bertindak sebagai pelarut, penyejuk, pelincir dan agen pengangkut nutrien ke seluruh badan.
  • Kandungan air dalam badan setiap orang adalah berbeza mengikut kandungan lemak masing-masing. Secara umumnya, jumlah peratusan air dalam badan orang yang tidak banyak lemak adalah lebih tinggi. Kira-kira 70 peratus berat otak, 75 peratus berat jantung, 90 peratus berat paru-paru dan 82 peratus kandungan darah membabitkan air.
  • Badan mengalami kehilangan air sepanjang masa iaitu hampir 80 peratus sehari, walaupun kita tidak aktif. Kehilangan ini berlaku melalui air kencing, najis, peluh dan pernafasan. Setiap kali menghembuskan nafas, kita kehilangan air dalam bentuk wap. Jika dikumpulkan, kita mungkin boleh dapat satu atau dua gelas air yang hilang melalui pernafasan.
  • Ini sebabnya pakar kesihatan menyarankan kita minum sekurang-kurangnya lapan gelas atau satu liter air setiap hari. Sumber air bukan hanya daripada air minuman kerana ia juga ada dalam makanan, buah-buahan dan sayur-sayuran.
  • Berapa banyak air yang kita perlukan?
  • Secara umumnya setiap orang memerlukan sekurang-kurangnya lapan gelas air atau satu liter air sehari. Namun, jumlah ini berbeza antara setiap individu, aktiviti dilakukan dan cuaca tempat tinggal. Tentu saja jika kita melakukan senaman pada hari panas, kita kehilangan lebih banyak air melalui peluh.
  • Air yang keluar ini perlu diganti segera, sama ada ketika atau selepas bersenam, untuk mengelak masalah kekeringan. Kehilangan banyak air menyebabkan tekanan darah turun mendadak, bekalan oksigen ke otak menurun dan jika terlalu serius, ia boleh membawa maut.
  • Jika terlalu banyak minum, tidakkah akan berlaku keracunan air? Memang boleh, tetapi ia jarang berlaku. Sebenarnya sukar bagi orang sihat mengalami keracunan air. Ia biasanya berlaku pada bayi. Malah, individu yang alami masalah berat badan berlebihan perlu minum lebih banyak air, iaitu segelas bagi setiap 11 kilogram melebihi berat badan unggul.
  • Mereka yang bercita-cita mengurangkan berat badan juga digalakkan minum banyak air. Kekurangan air merendahkan kadar metabolisma dan badan tidak boleh memecah dan menggunakan lemak dengan berkesan. Akibatnya, proses menurunkan berat badan menjadi lebih sukar.
  • Masalah retensi air atau ketidakbolehan badan mengeluarkan air dari pundi kencing menjadi lebih buruk jika kita tidak mendapat cukup air. Ada kalanya masalah ini boleh diatasi dengan minum lebih banyak air untuk menggalakkan pembuangan air berlebihan.
  • Oleh kerana kebanyakan zat makanan larut dalam air, mungkin ada yang risau ia dibuang melalui air kencing. Jangan risau. Masalah ini tidak berlaku kerana buah pinggang kita mempunyai sistem penapisan yang cerdik. Hanya bahan tidak berguna dibuang. Semua khasiat makanan diserap ketika dalam usus dan dimasukkan ke dalam darah untuk diagihkan ke seluruh badan.
  • Sebenarnya ramai mengalami masalah kekurangan air tanpa disedari. Malah, ramai juga berkata tidak mahu kerap berulang ke tandas sebagai alasan untuk tidak minum banyak air. Tindakan ini sebenarnya meracun diri kerana tanpa air yang cukup, badan sukar mengeluarkan bahan toksik dan boleh berkumpul membentuk batu karang.
  • Tanpa air yang cukup juga, nutrien daripada makanan tidak dapat diagihkan dengan baik dan menyebabkan lebih banyak lemak terkumpul dalam badan. Bentuk dan saiz otot turut berubah. Paling malang, jika kekurangan air meningkatkan paras bahan toksik hingga membahayakan nyawa.
  • Kesan kekurangan cecair
  • Kajian menunjukkan kehilangan dua peratus cecair badan boleh menyebabkan:
  • Lemah daya ingatan (ingatan jangka pendek)
  • Sukar membuat kiraan, walaupun yang mudah
  • Sukar memberi tumpuan terhadap perkara dilakukan terutama pada skrin komputer atau bahan bacaan bercetak
  • Tekanan darah menurun
  • Jumlah oksigen yang sampai ke otak berkurang menyebabkan rasa mengantuk
  • Lesu pada waktu siang
  • Sakit belakang
  • Dehidrasi
  • Sakit kepala
  • Memperlahankan kadar metabolisma
  • Meningkatkan risiko kanser usus, pundi kencing dan payu dara
  • Sendi dan otot mengalami kekeringan
  • Menyukarkan penyingkiran bahan toksik
  • Meningkatkan keinginan untuk makan
  • Darah menjadi pekat
  • Mudah keliru.
  • Degupan jantung meningkat
  • Menjejaskan tindak balas kimia dalam badan
          Sumber : www.petua.org


MAKANAN SEIMBANG



















Makanan seimbang merupakan makanan yang harus dimakan untuk memastikan tubuh badan seseorang berfungsi dengan normal. Makanan seimbang seharusnya memberikan kita tenaga. makanan yang mencukupi, karbohidrat, protein dan lemak secara optimum, kandungan fiber yang mencukupi dan kandungan bahan galian, vitamin dan asid lemak.Makanan yang memberi tenaga dapat membina badan, dan dapat menjauhi kita daripada mendapat penyakit. Amalan pemakanan sihat adalah satu faktor yang penting ke arah kesihatan sekeluarga dan seharusnya dipupuk dari rumah. Selain daripada menyelerakan dan mampu dibeli, makanan yang dikongsi bersama sekeluarga mestilah berkhasiat dan sihat. Makanan seimbang seharusnya memberi :

i. Tenaga makanan yang mencukupi
ii. Karbohidrat, protein dan lemak secara optimum.
iii. Kandungan fiber yang mencukupi
iv. Kandungan bahan galian, vitamin dan asid lemak.

Makanan ini terdiri dari tiga kumpulan iaitu makanan yang memberi tenaga, menjauhi dari penyakit dan membina sel-sel dan tisu tubuh.

A. Makanan yang memberi tenaga
Di Malaysia tenaga 50-60% penduduk didapati daripada nasi. Namun begitu makanan lain yang menghasilkan tenaga termasuk semua jenis bijirin seperti jagung, gandum, beras, bali, ubi keledek, keladi, ubi kayu, kentang dan lain-lain. Makanan lain yang menghasilkan tenaga adalah makanan yang mengandungi gula seperti gula pasir, sirap, jem dan madu.

B. Makanan membina badan
Protein adalah makanan membina badan. Protein membina sel-sel atau jeringan tisu dalam badan kita. Punca protein adalah daripada ikan, ketam, kepah, sotong, ayam, itik, dan lembu. Kekurangan sumber protein boleh membantutkan pertumbuhan seseorang termasuk pembentukan otot. Kekurangan protein juga mempengaruhi pembentukan darah dan ini menyebabkan badan menjadi lesu.

C. Makanan menjauhi penyakit
Makanan jenis ini merupakan makanan yang membekalkan tubuh dengan bahan-bahan yang mengekalkan semua perjalanan organ di dalamnya. Ia mencegah tubuh daripada menghidap penyakit. Makanan jenis ini meliputi sayur-sayuran dan buah-buahan.





10 Teknik Simple Kuruskan Badan.


Simple simple pun, anda kena buat lah yer..Bukan baca dan lepas tu buatdonno je. :)
Nak kurus, kena usaha…
Ni dia, teknik simple yang tak pernah terfikir dek akalpun sebelum ni..
Kredit kepada http://view.my/dietkamikaze (En. Ben) sebab semangat beliau membantu mereka yang nak kurus ni.
1. Katakan anda tinggal di sebuah apartment  tingkat 6. Semasa menunggu lif, biarkan orang lain menekan dahulu aras tingkat masing masing, tugas anda hanyalah melihat aras mereka. Pasti ada yang menekan tingkat 4, 7, atau 8. Anda pilihlah sendiri samada untuk turun di tingkat mana (4,7 atau 8) DENGAN MENGGUNAKAN TANGGA terus ke aras 6 (rumah anda).. Amacam! Kan kalori terbakar tu..
2. Bila makan dikenduri kawan baik anda, pastikan anda mulakan pemakanan anda dengan buah-buahan terlebih dahulu!
3. Katakan anda sedang menunggu lif beramai ramai untuk naik ke Pejabat anda. Ada sorang mamat ni pergi tekan tingkat 1 sedangkan tingkat 1 tu hanya sebanyak 20 anak tangga je. Cara perli yang paling sopan ialah dengan tarik nafas anda sambil menggeleng-gelengkan kepala. Esok, mesti mamat tu segan nak tekan tingkat 1 lagi.
4. Bila sedang bekerja, pastikan anda membawa bersama botol air 3 liter setiap hari. Simpan botol itu di pantry bukannya di bawah meja anda. Setiap selang 1 jam anda perlu bergerak ke pantry untuk minum. sehari 40 kalori terbakar sebab pergerakan ini :)
5. Bermainlah dengan anak anda setiap petang. Bermain kejar-kejar, lepas 10 minit pasti peluh bercurah-curah dan anak anda akan tidur awal malam itu. Kan senang :)
6. Bila bangun pagi sebelum gosok gigi, minum segelas air terlebih dahulu OK
7. Parking kereta anda jauh sedikit bila pergi ke Shopping Complex. Ini membuatkan anda berjalan lebih banyak pada hari itu :)
8. Katakan anda sudah menempang tiket wayang pada pukul 2pm minggu ini. Pastikan anda datang awal 2 jam bagi membolehkan anda berwindow shopping. Tu pun bakar kalori jugak tanpa disedari.
9. Setiap kali makan tengahari, ambil nasi suku TAPI sayur 3 jenis..
10. Kawan-kawan tak nak bersenam bersama anda? Tak jadi masalah, anda pergi je ke taman dan jogging dibelakang mak cik atau pak cik di sana. Jangan terkejut, bila Pak cik atau Mak cik tu nak jadikan anda anak menantu mereka.
Sumber : Kisah Wanita